Site icon TechNave BM

WhatsApp akan bina ciri memadamkan mesej selepas tempoh tertentu

Baru-baru ini, WhatsApp sudah pun memberi satu kemas kini kepada Google Play Beta Program, di mana ciri baru yang menarik perhatian adalah Delete Messages yang boleh memadamkan sebarang mesej secara automatik selepas tempoh tertentu.

Pengguna diberi akses memilih tempoh mesej itu boleh dilihat sebelum ia dipadam secara automatik. Tempoh yang boleh dipilih adalah sejam, sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

Apabila pengguna mengaktifkan ciri tersebut, sebuah logo jam kecil akan terpapar di sisi teks.

Perlu diingat bahawa ciri ini masih dalam pembinaan dan masih belum boleh diakses oleh orang ramai. Kongsi pendapat anda jika ciri ini adalah sesuatu yang berguna untuk anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WA Beta Info

Exit mobile version