Site icon TechNave BM

WhatsApp bakal benarkan pengguna hantar gambar, video HD secara automatik

WhatsApp memperkenalkan ciri yang membolehkan anda menghantar foto dalam kualiti yang lebih tinggi pada Ogos lalu. Pengguna boleh memilih resolusi antara standard dan HD secara manual serta perlu memilih resolusi untuk setiap imej walaupun dihantar sekali.

Tinjauan dalaman ke dalam WhatsApp beta untuk Android 2.24.7.17 mendedahkan semua imej dan video boleh dihantar dalam HD secara automatik dengan pilihan Kualiti Muat Naik Media baharu dalam menu Storan dan data.

Apabila anda memilih “Kualiti standard”, penerima akan mendapatkan media dalam fail termampat untuk penghantaran yang lebih pantas sambil mengekalkan kualiti yang lebih rendah. Kualiti HD dikatakan menggunakan enam kali lebih banyak ruang fail dan lebih perlahan untuk dihantar.

Pilihan dalam skrin perkongsian media kekal sama bagi membolehkan pengguna menghantar beberapa fail dalam tetapan kualiti yang berbeza apabila diperlukan. Ciri ini telah dilancarkan kepada beberapa penguji beta terpilih. Ia akan tersedia dalam versi stabil dan bakal dilancarkan kepada pengguna kelak.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version