Site icon TechNave BM

WhatsApp bakal benarkan pengguna pindahkan sejarah sembang antara Android dan iOS

Pembangun WhatsApp akhirnya hampir menyiapkan ciri memindahkan sejarah sembang antara peranti Android dan iOS. Ia didedahkan oleh kod sumber yang ditemui pada WhatsApp versi 22.2.74 beta untuk iOS. Proses penyalinan memerlukan kedua-dua peranti memasang aplikasi dan proses pemindahan mungkin akan berfungsi menggunakan kabel atau sambungan Wi-Fi peribadi.

Sebagai perbandingan, aplikasi pemesejan lain menyimpan dan menyegerakkan (sync) data pengguna menggunakan Google Drive, iCloud atau perkhidmatan awan (cloud) mereka sendiri. Setakat ini, satu-satunya cara rasmi untuk menyegerakkan data WhatsApp anda antara telefon iOS dan Android ialah memiliki peranti buatan Samsung.

Pemindahan berfungsi sehala daripada iPhone ke Samsung melalui kabel dan menggunakan aplikasi SmartSwitch Samsung. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version