Site icon TechNave BM

WhatsApp bakal halang pengguna buat tangkapan skrin pada gambar profil

WhatsApp yang merupakan antara aplikasi pemesejan yang paling popular telah melancarkan perubahan baharu untuk menghalang pengguna daripada mengambil tangkapan skrin gambar profil atau DP (default profile).

Seperti yang dilaporkan oleh WABetaInfo, ciri atau pengehadan ini dilihat dalam kemas kini beta WhatsApp untuk Android 2.24.4.25. Sebaik sahaja versi beta ini mencapai versi yang stabil, ia akan dilancarkan untuk pengguna. Selepas kemas kini ini, pengguna tidak lagi boleh mengambil tangkapan skrin gambar profil orang lain.

Sebarang percubaan untuk mengambil tangkapan skrin akan diberikan notifikasi amaran. Namun, tidak jelas sama ada WhatsApp akan memberitahu pengguna jika seseorang cuba mengambil tangkapan skrin gambar mereka. Selain itu, WhatsApp juga tidak memberitahu jika ciri baharu ini akan didayakan secara automatik atau terdapat pilihan untuk menyesuaikan tetapan privasi.

Untuk masa ini, WhatsApp membenarkan anda memilih siapa yang boleh melihat gambar profil anda dengan menetapkan tetapan privasi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version