Site icon TechNave BM

WhatsApp bangunkan ciri reaksi baharu dan peningkatan mesej audio untuk iOS

WhatsApp sentiasa membangunkan beberapa ciri baharu termasuk ciri reaksi. Mereka telah berusaha selama berbulan-bulan dan masih cuba membuat penambahbaikan untuk ciri baharu ini. Dikatakan ciri ini mungkin dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut WABetainfo, ciri reaksi akan tersedia untuk pemesejan individu dan kumpulan. Anda dapat melihat sesiapa sahaja yang bertindak balas terhadap mesej dengan melihat tab maklumat reaksi. Terdapat dua tab berbeza untuk “semua” dan emoji tertentu. Pada masa ini emoji dihadkan kepada enam emoji seperti suka (like), cinta (love), ketawa (laugh), terkejut (surprised), sedih (sad) dan terima kasih (thank you).

Terdapat satu lagi ciri yang akan tersedia tidak lama lagi iaitu keupayaan untuk memainkan mesej audio pada kelajuan yang berbeza. Buat masa sekarang, ia hanya boleh dilakukan untuk mesej suara dan bukan mesej yang dimajukan (forwarded).

Masih tiada pengesahan rasmi mengenai pelancaran kedua-dua ciri baharu ini. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version