Site icon TechNave BM

WhatsApp benarkan pengguna menghantar fail sehingga 2GB untuk iOS tidak lama lagi

Selepas WhatsApp lancarkan versi beta 22.7.0.76 untuk iOS, syarikat tersebut terus berusaha membangunkan keupayaan untuk membenarkan pengguna menghantar fail bersaiz 2GB. Menurut WABetaInfo, ujian sedang dijalankan di Argentina dan sesetengah orang boleh berkongsi fail sehingga 2GB. Buat masa ini, pengguna WhatsApp hanya boleh berkongsi fail media sehingga 100MB.

WABetaInfo mengatakan mereka merancang untuk melancarkan ciri ini kepada lebih ramai pengguna pada masa hadapan selepas menjalankan percubaan ini. Satu lagi aplikasi yang dimiliki oleh Meta iaitu Instagram turut menguji versi ‘Close Friends’ yang dipanggil ‘Selected People’ di Brazil. Selepas enam bulan, mereka memutuskan bahawa perubahan tersebut tidak berbaloi dan meneruskan ciri lamanya.

Selain itu, WhatsApp sedang membangunkan dua fungsi yang lain seperti Reaksi dan keserasian berbilang peranti 2.0 (multi-device compatibility). Untuk Reaksi, WhatsApp membenarkan beberapa pengguna Android mencuba fungsi ini dalam versi beta. Keserasian berbilang peranti 2.0 pula membenarkan pengguna menggunakan telefon pintar dengan akaun WhatsApp yang sama dan membuka kunci aplikasi iPad seperti diminta oleh ramai pengguna.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version