Site icon TechNave BM

WhatsApp beta bolehkan pengguna tukar imej kepada “sticker” di aplikasi Windows

WhatsApp memperkenalkan ciri baharu pada aplikasi Windows iaitu membolehkan pengguna menukar imej kepada pelekat (sticker) terus dalam platform. Peningkatan ini datang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan WhatsApp untuk meningkatkan interaksi dan komunikasi pengguna dalam aplikasi.

Pengguna boleh mencari pilihan baharu dalam panel sticker, menyediakan proses yang lancar untuk mencipta sticker yang diperibadikan. Ciri itu yang sebelum ini tersedia dalam versi aplikasi Electron pada desktop WhatsApp, membolehkan pengguna menambah sentuhan kreatif pada perbualan mereka pada platform ini.

Ciri ini menjimatkan masa dan usaha pengguna daripada perlu memindahkan imej ke peranti mudah alih untuk penciptaan sticker. WhatsApp secara beransur-ansur melancarkan ciri ini kepada pengguna melalui kemas kini WhatsApp untuk Windows terbaharu di Microsoft Store dengan ketersediaan yang lebih luas dijangka dalam beberapa hari akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: WaBetaInfo

Exit mobile version