Site icon TechNave BM

Whatsapp Beta sedang bangunkan ciri menapis dan mengkategorikan sembang

Platform pemesejan milik Meta iaitu WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menapis perbualan berdasarkan kategori. Seperti yang dikongsikan oleh WABetaInfo, ciri itu dikesan dalam WhatsApp Beta untuk Android versi 2.23.14.17.

Secara khusus, ciri ini membolehkan pengguna menapis senarai sembang dengan mudah mengikut tiga kategori. Ini termasuk pilihan untuk mengatur sembang berdasarkan mesej yang belum dibaca, perbualan peribadi dan sembang berkaitan perniagaan.

Pengguna boleh menapis perbualan mereka terus dalam senarai sembang yang terletak di bahagian atas. Perlu diingatkan bahawa memandangkan aplikasi ini hanya menguji ciri pada versi Beta, ia tidak semestinya bermakna ia disahkan untuk dilancarkan pada versi penuh aplikasi itu.

Kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada WhatsApp tentang pelancaran ciri baharu ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version