Site icon TechNave BM

WhatsApp beta uji ciri akaun yang sama pada berbilang peranti, mungkin dilancar tidak lama lagi

WhatsApp telah mengusahakan sokongan berbilang peranti yang membolehkan pengguna menggunakan akaun WhatsApp yang sama pada berbilang peranti. Platform pemesejan ini mungkin melancarkan ciri ini kepada umum kerana ia telah mula muncul untuk beberapa penguji beta.

WhatsApp dengan nombor versi 2.22.24.18 coleh dimuat turun dari Google Play Store baru-baru ini. Versi beta membawakan tetapan yang membolehkan pengguna memautkan akaun WhatsApp ke tablet Android atau peranti mudah alih yang lain sekaligus. 

Bagi pengguna yang menyertai program beta boleh menemui pilihan “Peranti terpaut (beta)” yang dipaparkan dalam menu pilihan di bawah “Peranti terpaut.” Namun, fungsi ini hanya boleh digunakan bagi penguji beta terpilih. Setelah klik, pengguna perlu mengikut arahan untuk mengimbas kod QR dan memautkan akaun dengan peranti lain.

Memandangkan ciri ini telah memasuki versi beta, kami berharap keluaran awam akan menyusul tidak lama lagi. Menurut sumber, ini mungkin berlaku dalam beberapa minggu akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version