Site icon TechNave BM

WhatsApp beta uji perkongsian skrin semasa panggilan video, bakal dilancar tidak lama lagi

WhatsApp terus berusaha menambah baik panggilan suara dan video dalam aplikasi Android. Kini, kemas kini WhatsApp 2.23.10.4 untuk Android telah melancarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi skrin mereka semasa panggilan video

Namun, ciri ini akan disediakan untuk beberapa penguji beta yang memasang WhatsApp beta terbaharu untuk kemas kini Android 2.23.11.19 daripada Google Play Store. Ciri ini juga mungkin tidak disediakan pada versi lama Android.

Seperti yang anda lihat dalam tangkapan skrin di atas, anda akan melihat ikon perkongsian skrin. Anda perlu klik ikon baharu yang terletak dalam paparan kawalan panggilan untuk berkongsi skrin.

Selepas mengemas kini WhatsApp beta baharu, sesetengah pengguna mungkin melihat beberapa perubahan kecil di bar navigasi bawah baharu. Beberapa tab dalam bar navigasi bawah telah disusun dalam susunan tertentu seperti Sembang, Panggilan, Komuniti dan Status.

Ciri ini juga akan dilancarkan kepada pengguna tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version