Site icon TechNave BM

WhatsApp Channels tiba di Malaysia, ruang peribadi untuk ikuti topik pilihan anda

Nampaknya, ciri Saluran (Channels) WhatsApp telah tiba di Malaysia. Ciri baharu ini terletak dalam tab baharu ‘kemas kini’, berasingan daripada sembang peribadi anda.

Saluran akan memberikan perlindungan privasi yang kukuh untuk mengekalkan pilihan dan kawalan pengguna manakala pentadbir diberi kuasa untuk menghantar teks, foto, video, pelekat dan tinjauan serta tidak boleh menambah pengikut pada saluran mereka. Sejarah saluran hanya akan disimpan pada pelayan selama 30 hari.

WhatsApp telah bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi yang berpangkalan di Malaysia termasuk Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut Puan Anita binti Abu Bakar, Presiden dan Pengasas MIASA, ciri baharu ini boleh mendidik orang ramai tentang kesihatan mental dan memastikan pengikut sentiasa dikemas kini tentang aktiviti kesedaran dan advokasi.

Pada mulanya, ciri Saluran diumumkan pada bulan Jun bekerjasama dengan organisasi global seperti WHO, Manchester City FC serta organisasi terpilih di Singapura dan Colombia. Buat masa ini, Saluran akan tiba secara beransur-ansur kepada pengguna.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: blog WhatsApp

Exit mobile version