Site icon TechNave BM

WhatsApp chatbot untuk memerangi penyebaran berita palsu bakal dilancar kelak

Untuk memerangi berita palsu dan khabar angin di platform dalam talian, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang dalam peringkat akhir membangunkan chatbot yang boleh digunakan untuk mengekang penyebaran berita palsu.

Chatbot itu dijangka tersedia melalui aplikasi pemesejan WhatsApp dan akan menyokong berbilang bahasa termasuk bahasa Melayu dan Inggeris dengan bahasa tambahan akan disokong pada masa hadapan. Ini merupakan langkah penting yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah penyebaran berita palsu dan khabar angin yang semakin meningkat.

Walaupun penggunaan chatbot masih belum diterangkan secara terperinci, namun ianya akan menggunakan teknologi AI untuk membantu mengesahkan kesahihan berita yang dikongsi. Fahmi Fadzil dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Meta berhubung pelaksanaan chatbots dalam platform permesejan.

Walau bagaimanapun, tidak jelas bila ciri ini akan dilancarkan kepada umum tetapi ia dijangka menjadi inisiatif berprofil tinggi yang diharapkan akan memainkan peranan positif dalam ketepatan dan kredibiliti penyebaran maklumat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version