Site icon TechNave BM

WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini kepada fungsi Advanced Chat Privacy yang dibangunkan sebelum ini bagi mengetatkan kawalan privasi dalam perbualan.

Kemas kini ciri ini dikesan melalui aplikasi WhatsApp beta versi 2.26.36.4 untuk Android dan versi 26.39.10.20 untuk iOS. Fungsinya bersifat pilihan dan perlu diaktifkan secara manual oleh pengguna melalui paparan maklumat perbualan. Setiap perbualan yang mengaktifkan Restricted Chat akan mengenakan empat sekatan utama secara automatik.

Pengguna tidak boleh menyimpan fail media secara automatik ke peranti, memindahkan salinan eksport perbualan, menggunakan fungsi Meta AI dalam sembang, atau menggunakan peranti berpaut bagi perbualan berkenaan. Menurut WhatsApp, sekatan peranti berpaut dilaksanakan bagi mengelakkan perbualan diakses oleh klien tidak rasmi atau ejen kecerdasan buatan luar.

Syarikat itu turut mengesahkan bahawa semua mesej dan panggilan tetap dilindungi oleh penyulitan hujung-ke-hujung sama ada ciri ini diaktifkan atau tidak. Buat masa ini, tarikh pelancaran ciri Restricted Chat kepada semua pengguna umum masih belum diumumkan, dan akses terhad kepada mereka yang mendaftar dalam program beta WhatsApp.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo 1|2

Exit mobile version