Site icon TechNave BM

WhatsApp dalam 2020: Pemadaman mesej secara automatik dan lain-lain ciri yang anda boleh jangkakan

Majoriti rakyat Malaysia sudah pun menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Sepanjang tahun 2019, perisian permesejan itu sudah pun menerima pelbagai kemaskini untuk menambah baik penggunaan perisian tersebut. Untuk 2020 yang mendatang ini, kita sudah pun boleh menjangkakan kemaskini dan ciri-ciri baru yang akan diterima oleh pengguna.

Antara ciri yang dimaksudkan ialah mod gelap (dark mode) di mana ia akan memudahkan penggunaan WhatsApp dalam persekitaran yang gelap, kebolehan untuk mesej dipadamkan secara automatik selepas tempoh yang ditentukan, dan (mungkin agak mengecewakan) pengenalan iklan di dalam WhatsApp Status.

Selain itu, jika anda menggunakan versi Android atau iOS yang lama, kemungkinan besar anda tidak akan dapat menggunakan WhatsApp lagi bermula tahun depan. Versi yang lebih lama daripada Android 2.3.7 (seperti dalam Galaxy S) atau iOS 8 (iPhone 4) tidak akan disokong oleh pembina WhatsApp lagi.

Adakah anda teruja dengan perkembangan baharu yang akan ditawarkan oleh WhatsApp untuk tahun 2020? Berikan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia teknologi Malaysia.

Sumber: Techradar

Exit mobile version