Site icon TechNave BM

WhatsApp keluarkan ciri baru: Kurang guna storan, padam gambar + video spam dengan mudah

Jika melihat kepada storan di telefon pintar anda, WhatsApp biasanya adalah salah satu aplikasi yang paling banyak menggunakan storan di telefon. Hal ini adalah kerana gambar dan video spam yang dihantar. WhatsApp kini telah mengumumkan alat pengurusan storan (Storage Management Tool) baharu yang boleh bakal memudahkan anda.

Di sebalik pengumuman ini, kemas kini ciri terbaru untuk WhatsApp ini masih belum tiba. Namun, ia mungkin bakal hadir dalam waktu terdekat kerana ianya sudah diumumkan.

Untuk membersihkan storan anda, anda boleh melihat video di bawah. Pergi ke Tetapan (Settings) dalam WhatsApp > Data and Storage Usage > Storage Usage. Anda akan dapat melihat pilihan gambar dalam menu Forwarded many times yang terpapar. Anda kini boleh memilih kesemua gambar ini secara pukal atau sekaligus dan memadamnya.

Melalui ciri ini juga, anda boleh melihat jumlah storan yang anda gunakan. Peringatan yang lebih mudah untuk anda tahu storan anda akan penuh. Apa pun, anda boleh nyahaktif atau Off fungsi muat turun media secara automatik pada tetapan. Untuk memadam gambar secara manual, anda boleh ke Storage Usage dan pilih ruang perbualan (chat room) tertentu untuk memadam gambar dan video.

Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah menerima kemas kini untuk fungsi ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version