Site icon TechNave BM

WhatsApp kini dilengkapi butang “ADD TO CART”, lebih mudah untuk beli-belah

Baru-baru ini, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi beli-belah tertentu yang bakal memudahkan urusan jual beli. WhatsApp kini menambah lagi satu inisiatif baharu iaitu butang ADD TO CART yang membenarkan anda menambah produk ke dalam senarai barang yang ingin dibeli sebelum membayarnya.

WhatsApp telah menyediakan laman bantuan untuk fungsi ini. Menurut WhatsApp, anda akan dapat melihat butang ADD TO CART di samping butang Message Business semasa anda klik pada sesebuah produk di katalog. Anda boleh menambah item-item ke dalam senarai belian (Cart) dan boleh mengedit Cart anda; contohnya menambah kuantiti item.

Fungsi sebegini tidak susah untuk digunakan memandangkan pengguna pastinya sudah biasa dengan ciri yang mirip dengan beberapa laman e-dagang lain seperti Shopee atau Lazada.

Adakah anda sudah mencuba fungsi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WhatsApp

Exit mobile version