Site icon TechNave BM

WhatsApp kini sedang mengusahakan fungsi mesej menghilang selepas 24 jam

Walaupun dengan berita tentang masalah privasi, WhatsApp masih kekal sebagai aplikasi pemesejan utama di kalangan pengguna telefon pintar. Kini, WhatsApp mungkin sedang mengusahakan sebuah fungsi yang membenarkan mesej untuk dipadam secara automatik selepas 24 jam bagi meningkatkan privasi di kalangan penggunanya.

WhatsApp sudah pun memperkenalkan fungsi mesej menghilang sejak tahun lepas namun ia hanya akan hilang selepas tempoh tujuh hari. Dalam sebuah tangkapan skrin, WhatsApp memberikan pilihan kepada pengguna untuk biarkan mesej mereka dipadam selepas 24 jam atau 7 hari.

Sebelum ini, kami telah pun melaporkan tentang mesej menghilang 24 jam namun kali ini sebuah tangkapan skrin turut dikongsi oleh sumber, jadi ia mungkin hadir tidak lama lagi. Fungsi ini masih lagi dalam pembangunan dan ia dilaporkan akan terdapat dalam versi iOS, Android dan komputer.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version