Site icon TechNave BM

WhatsApp kini sokong sehingga 512 ahli dalam sembang kumpulan

Bulan lepas, WhatsApp mengatakan bahawa syarikat mereka akan menambah sehingga 512 orang ke sembang kumpulan untuk Android, iOS dan Desktop yang hanya dikeluarkan kepada bilangan penguji beta. Tetapi perancangan ini berubah apabila WhatsApp akhirnya melancarkan ciri tersebut kepada semua pengguna dalam versi terkini.

Seperti yang anda boleh lihat dalam tangkapan skrin ini, sembang kumpulan boleh menyokong sehingga 512 pengguna WhatsApp dan anda boleh menambahkannya dengan membuka maklumat kumpulan.

Jika anda ingin mengesahkan sama ada ciri tersebut sudah didayakan pada akaun WhatsApp anda, anda boleh membuat kumpulan dan semak bilangan orang yang boleh ditambah. Hanya versi terkini WhatsApp sahaja yang menyokong ciri baharu ini.


Ciri ini telah dikeluarkan kepada hampir semua pengguna pada hari ini dan boleh mula digunakan dalam masa 24 jam. Oleh itu, kemas kini aplikasi melalui Play Store, App Store dan TestFlight.

Ikuti WABetaInfo untuk ketahui maklumat terkini mengenai WhatsApp. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version