Site icon TechNave BM

WhatsApp lancar ciri ‘lihat sekali’ yang bolehkan gambar dan video dilihat satu kali sahaja

WhatsApp hari ini telah melancarkan satu ciri baru pada aplikasi perbualan mereka. Dengan ciri ‘lihat sekali’, pengguna kini boleh menghantar gambar dan video yang boleh dilihat satu kali sahaja. Apabila penerima sudah membuka hantaran tersebut, ianya tidak lagi boleh dilihat.

Ciri ini dapat memberikan pengguna lebih kawalan terhadap privasi mereka. Contohnya, pengguna boleh menggunakan ciri ini untuk kongsikan kata laluan Wi-Fi kepada kawan mereka.

Sama seperti pembualan di WhatsApp, media ‘lihat sekali’ ini akan dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption). Ia juga akan ditandakan dengan ikon yang baru sewaktu diterima dan dibuka.

Menurut WhatsApp, ciri ini boleh digunakan bermula minggu ini.

Adakah anda berpuas hari dengan ciri baru ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version