Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan ciri Mesej Diri Sendiri, ini cara menggunakannya

WhatsApp kini telah menambah ciri baharu iaitu “Message Yourself” yang membolehkan pengguna menghantar mesej pada diri sendiri dengan telefon pintar Android atau iPhone. Dengan ciri ini, pengguna akan dapat berkongsi mesej, gambar, video dan audio dengan diri mereka sendiri dalam aplikasi WhatsApp.

Meta telah mengesahkan bahawa ciri itu akan dilancarkan kepada setiap pengguna WhatsApp dalam beberapa minggu akan datang. Jadi, anda mungkin perlu menunggu selama beberapa hari untuk menggunakan ciri Message Yourself pada telefon pintar anda.

Untuk menggunakan ciri mesej diri sendiri di WhatsApp, pastikan anda mengemas kini aplikasi WhatsApp di Gedung Google Play atau Apple App Store. Buka aplikasi WhatsApp yang dikemas kini, klik pada cipta sembang baharu dan anda akan dapat melihat nombor anda sendiri pada bahagian kenalan. Akhir sekali, pilih nombor anda dan mulakan pemesejan.

Memandangkan WhatsApp juga berfungsi pada desktop dan web, pengguna juga akan dapat melihat mesej ini pada semua peranti yang disambungkan. WhatsApp juga dijangka menerima ciri seperti status suara, panggilan suara melalui web dan banyak lagi dalam beberapa hari akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: TechCrunch

Exit mobile version