Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan ciri pautan untuk panggilan video, sokong sehingga 32 orang tidak lama lagi

WhatsApp sedang membangunkan satu lagi ciri kepada semua pengguna iOS iaitu keupayaan berkongsi pautan untuk memulakan panggilan video dengan sekali klik. Fungsi ini sama seperti berkongsi pautan untuk panggilan FaceTime dengan rakan anda yang pertama kali diperkenalkan dengan iOS 15.

Pengumuman WhatsApp ini boleh dilihat daripada halaman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg yang menyatakan mereka akan melancarkan pautan panggilan di WhatsApp mulai minggu ini. Beliau turut memberitahu mengenai pembangunan panggilan video yang disulitkan untuk sehingga 32 orang dan terdapat ciri lain pada akan datang.

Ciri ini hadir untuk menggalakkan kebanyakan orang bergantung pada perkhidmatan panggilan video untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Syarikat itu tidak akan mengenakan bayaran atau menambah had panggilan untuk pengguna memanfaatkan fungsi ini.

Pada tahun ini sahaja, WhatsApp telah menambah beberapa ciri baharu seperti keupayaan untuk bertindak balas dengan mana-mana emoji kepada mesej, ciri Komuniti baharu dan dan banyak lagi. 

Adakah anda tertarik dengan ciri yang bakal dilancarkan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version