Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan ciri privasi sembunyikan status ‘Last Seen’ daripada akaun tidak diketahui

WhatsApp lancarkan ciri privasi baharu yang akan menyembunyikan status “Terakhir Dilihat” (Last Seen) anda daripada akaun yang tidak diketahui atau tidak pernah bersembang dengan anda sebelum ini. Mereka tidak dapat melihat sebarang status anda di talian WhatsApp walaupun anda dalam talian.

Seperti yang dinyatakan oleh WABetaInfo (melalui The Verge), perubahan ini telah pun berkuat kuasa untuk beberapa akaun kerana beberapa pengguna melaporkan bahawa mereka tidak lagi dapat melihat status WhatsApp pengguna lain. Syarikat itu turut mengatakan bahawa tiada perubahan bagi pengguna yang mempunyai nombor telefon anda atau yang pernah berbual dengan anda sebelum ini.

WhatsApp melancarkan ciri tersebut untuk meningkatkan privasi dan keselamatan pengguna. Mereka telah menguji pilihan privasi baharu yang membenarkan pengguna memilih akaun tertentu untuk menyembunyikan status “Terakhir Dilihat”. Ciri ini pertama kali dilaporkan pada bulan September dan kini tersedia kepada pengguna WhatsApp Beta pada iOS dan Android.

Namun, ciri ini masih tidak jelas bila kemas kini akan tersedia kepada semua pengguna. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version