Site icon TechNave BM

WhatsApp kini benarkan pengguna Sembang Suara dalam kumpulan melebihi 33 orang

Sembang Suara (Voice Chat) bukanlah ciri baharu tetapi WhatsApp baru sahaja mengumumkan bahawa perbualan suara telah ditingkatkan kepada sembang kumpulan besar sehingga 33 orang atau lebih. Ciri Sembang Suara baharu yang dilancarkan oleh WhatsApp memberikan pengguna cara baharu untuk terus berhubung dengan ahli kumpulan yang besar.

Sembang Suara membenarkan pengguna untuk berkomunikasi sambil meneruskan menghantar mesej teks dalam kumpulan. Apabila Sembang Suara dalam kumpulan dimulakan, ahli kumpulan akan akan menerima pemberitahuan namun bukan pemberitahuan panggilan masuk.

Mereka boleh memilih sama ada untuk menyertai perbualan atau tidak. Di bahagian atas perbualan, pengguna boleh memilih pelbagai tetapan termasuk unmute, menutup dan menghantar mesej kepada kumpulan tanpa meninggalkan perbualan suara.

WhatsApp terus menggunakan teknologi penyulitan hujung ke hujung untuk memastikan kandungan panggilan pengguna dilindungi sepenuhnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version