Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan ciri sembunyikan foto profil, terakhir dilihat dan perihal peribadi daripada kenalan

WhatsApp mula mengusahakan tetapan privasi baharu tahun lepas yang membenarkan pengguna menyembunyikan foto profil mereka, kali terakhir dilihat dan maklumat peribadi daripada orang tertentu dalam senarai kenalan mereka. WhatsApp mengumumkan bahawa ia akhirnya dilancarkan kepada semua penggunanya di seluruh dunia pada peranti iPhone dan Android.

Sehingga kini, anda mempunyai tiga pilihan privasi untuk foto profil anda, kali terakhir dilihat dan maklumat peribadi dengan pilihan tetapan Semua orang, Kenalan saya dan Tiada siapa. Ini disertai dengan pilihan keempat yang dipanggil “Kenalan saya kecuali…” yang juga tersedia untuk privasi Status.

Perlu diingat bahawa jika anda tidak berkongsi kali terakhir anda dilihat dengan orang lain, anda juga tidak akan dapat melihat status kali terakhir mereka dilihat. Fungsi ia sama seperti rait biru (bluetick) yang telah dibaca. Anda boleh pergi ke Tetapan WhatsApp > Akaun > menu Privasi pada peranti iPhone dan Android untuk mencuba kawalan privasi baharu ini.

Selain melancarkan kawalan privasi baharu, WhatsApp juga mengumumkan beberapa ciri panggilan kumpulan membolehkan pengguna membisukan suara orang lain semasa panggilan kumpulan sambil turut boleh menghantar mesej kepada orang tertentu. Anda juga akan melihat pemberitahuan apabila seseorang menyertai panggilan kumpulan di luar skrin.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version