Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan ciri “UNDO”, kembalikan mesej yang telah dipadam untuk diri sendiri

Pelbagai ciri yang telah dilancarkan oleh platform pemesejan popular WhatsApp pada tahun ini. Antaranya adalah ciri Avatar, ciri untuk mesej diri sendiri, Komuniti dan panggilan video sehingga 32 orang.

Pelbagai jenis ciri yang menarik dan kini WhatsApp terus membangunkan teknologinya dengan melancarkan satu lagi ciri di mana pengguna boleh batalkan (undo) mesej yang secara tidak sengaja dipadamkan untuk diri sendiri.

Seperti yang dinyatakan dalam ciapan Twitter di atas, setelah anda secara tidak sengaja klik pada “padam untuk saya” (Delete for me), akan terdapat satu pemberitahuan di bahagian bawah untuk anda batalkan mesej yang telah dipadam “UNDO”.

Namun, pemberitahuan itu hanya muncul dalam tempoh yang singkat iaitu sekitar satu hingga dua saat. Oleh itu, anda perlu bertindak pantas untuk membatalkan mesej yang telah dipadam secara tidak sengaja.

Jika anda lihat pada pendapat yang diberikan pada ciapan di atas, kebanyakan pengguna turut membuat permintaan agar WhatsApp membuat pertimbangan dalam melancarkan ciri seperti Sunting (Edit) dan pembuangan “Mesej telah dipadamkan” (You deleted this message).

Kami menjangka WhatsApp pasti akan mempertimbangkan pendapat dan idea orang ramai untuk memudahkan penggunanya. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version