Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan fungsi Chat Lock, benarkan anda kunci mesej dengan kata laluan atau cap jari

Aplikasi permesejan popular WhatsApp telah memperkenalkan fungsi terbaru iaitu Chat Lock, di mana pengguna kini boleh mengunci mesej-mesej terpilih dan mengelakkannya daripada dibaca oleh orang lain.

Apabila pengguna mengunci mesej terpilih dengan Chat Lock, ia akan disembunyikan daripada senarai mesej dan akan diletakkan dalam sebuah fail khas yang hanya boleh diakses dengan kata laluan atau pengimbasan cap jari. Mesej yang diterima dalam sembang Chat Lock juga tidak akan dipaparkan dalam pemberitahuan.

WhatsApp mengatakan fungsi ini boleh dimanfaatkan oleh pengguna yang berkongsi telefon dengan ahli-ahli keluarga, atau cuma ingin menyembunyikan mesej yang bersifat peribadi.

Untuk mengunci mesej, anda boleh sentuh pada nama penghantar mesej atau nama kumpulan sembang dan pilih opsyen kunci (lock). Untuk mengakses mesej-mesej ini selepas ia dikunci, masukkan kata laluan atau imbas cap jari anda.

Para pengguna WhatsApp di seluruh dunia akan mula menerima fungsi Chat Lock bermula hari ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Meta

Exit mobile version