Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan fungsi Reactions dan perkongsian fail sehingga 2GB

Pada hari ini, WhatsApp telah melancarkan dua fungsi baharu iaitu keupayaan untuk bertindak balas terhadap mesej dengan emoji serta perkongsian fail yang bersaiz sehingga 2GB. Pada bulan lepas, Meta mengatakan bahawa ciri-ciri ini bakal hadir di WhatsApp “tidak lama lagi” dan kini, syarikat tersebut telah mengumumkannya serta akan menggandakan saiz maksimum sembang kumpulan.

Apabila Reaksi (Reactions) pertama kali diumumkan, Meta mengatakan anda hanya boleh menggunakan beberapa pilihan untuk permulaan. Sokongan bagi semua emoji dan warna kulit akan ditambah pada masa hadapan.

Reaksi dapat membantu anda untuk mengekspresikan diri pada kenyataan yang dihantar dalam sembang kumpulan tanpa perlu menaip mesej baharu.

WhatsApp juga mengembangkan saiz maksimum sembang kumpulan dengan had daripada 256 ahli kepada 512 ahli walaupun dilaporkan terdapat penyelesaian untuk melepasi had sebelumnya.

Dalam catatan blog WhatsApp, mereka sedang melancarkan ciri ini secara perlahan-lahan pada kumoulan yang lebih besar manakala reaksi emoji dan had saiz fail telah disediakan dalam versi semasa. Jurucakap Meta, Vispi Bhopti memberitahu The Verge bahawa mereka menjangkakan ciri ini akan disediakan kepada semua orang dalam kira-kira seminggu. Beliau turut menambah bahawa beberapa pengguna telahpun mempunyai ciri tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Blog WhatsApp

Exit mobile version