Site icon TechNave BM

WhatsApp lancarkan mod ‘picture-in-picture’ untuk panggilan video pada iOS

Adakah panggilan video anda akan ‘pause’ secara automatik apabila anda membuka aplikasi lain? Kini, WhatsApp memberi penyelesaian dengan melaksanakan mod gambar dalam gambar (PiP) yang telah disediakan secara rasmi kepada pengguna iOS.

Jika anda menyemak Apple App Store, anda akan mendapati bahawa WhatsApp baru sahaja menerima kemas kini terbaharunya, versi 23.3.77. Seperti yang anda lihat daripada sejarah versi, kemas kini baharu menambah sokongan mod PiP di mana panggilan video masih boleh dilihat walaupun anda sedang membuka aplikasi yang lain. 

Selain itu, versi terkini membolehkan anda menambah kenyataan (caption) semasa menghantar dokumen. Ciri ini sudah tersedia pada PC tetapi kini turut dikeluarkan untuk peranti Android dan iOS. Kemas kini baharu juga membolehkan anda menetapkan subjek dan perihalan kumpulan yang lebih panjang serta menggunakan avatar diperibadikan sebagai pelekat atau gambar profil anda.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version