Site icon TechNave BM

WhatsApp melalui Messenger Rooms bakal benarkan panggilan video berkumpulan seramai 50 orang

WhatsApp merupakan antara platform utama untuk perhubungan secara digital di rakyat Malaysia. Walaupun terdapat platform digital lain untuk perhubungan, WhatsApp sudah seakan sebati dengan warganet Malaysia. Terkini, WhatsApp dilaporkan bakal menawarkan pengguna untuk membuat panggilan video berkumpulan melibatkan sehingga 50 orang melalui Messenger Rooms.

Penawaran panggilan video berkumpulan seramai 50 orang ini adalah melalui versi laman web Messenger Rooms. Perkara ini sebenarnya telah diumumkan oleh Facebook (pemilik WhatsApp) pada hujung bulan April lalu. Memandangkan walaupun pandemik ini mungkin akan berkurangan, namun dijangkakan norma baharu termasuklah penggunaan platform digital seperti ini masih akan kekal dipraktikkan.

Seperti platform konferens video yang lain, Messenger Rooms membenarkan hos membina ‘room’ dan mengongsikan pautan ‘room’ tersebut kepada ahli yang bakal menyertai panggilan video berkumpulan. Apa yang menariknya, platform ini membenarkan pengguna yang tiada akaun Facebook untuk menyertai platform panggilan video ini.

Untuk pengetahuan anda, Messenger Room bakal dapat diakses melalui WhatsApp Web. Mungkin akan terdapat jalan pintas melalui menu WhatsApp untuk ke Messenger Rooms bagi memudahkan pengguna. Menurut sumber, fungsi ini akan tersedia pada kemas kini Android 2.20.139 dan bakal tersedia juga untuk pengguna iOS.

Adakah anda masih menyertai mesyuarat melalui platform digital? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version