Site icon TechNave BM

WhatsApp mencipta fungsi untuk menyembunyikan status dalam talian

WhatsApp sedang mengusahakan ciri-ciri baharu dan telah pun memperkenalkan beberapa ciri antaranya seperti mempercepatkan nota suara dan pilihan ‘Kenalan Saya Kecuali’ (My Contacts Except) kepada beberapa penguji beta untuk lebih kawalan ke atas privasi pengguna. 

Namun, masih ramai orang mengadu tentang kekurangan ciri yang membolehkan pengguna untuk menyembunyikan status dalam talian supaya mereka boleh menggunakan WhatsApp tanpa diganggu. Kini, WhatsApp telah memutuskan untuk mencipta konsep yang melaksanakan ciri ini.

Seperti yang anda boleh lihat dalam video dibawah, pengguna boleh memilih untuk menyembunyikan status dalam talian selepas memilih ‘Tiada sesiapa’ (Nobody) dalam tetapan Privasi (Privacy) > Terakhir Dilihat (Last Seen). Selepas menghidupkan ‘Sembunyikan Status Dalam Talian’ (Hide Online Status), pengguna boleh menggunakan WhatsApp dalam mod senyap, tetapi mereka juga tidak akan dapat melihat apabila orang lain berada dalam talian di WhatsApp.

Ciri ini masih lagi dalam perancangan untuk dibangunkan dan mungkin mengambil masa yang lama lagi untuk dilancar. Terdapat juga konsep baharu iaitu ‘Buih Sembang’ (Bubble Chat) pada WhatsApp beta untuk Android yang masih belum diketahui akan pembangunannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wabetainfo

Exit mobile version