WhatsApp melancarkan beberapa ciri baharu bersempena sambutan Tahun Baru 2026 termasuk stiker khas, kesan panggilan video dan reaksi animasi bagi memeriahkan komunikasi pengguna di platform itu. Antara penambahan utama ialah pakej stiker baharu bertemakan 2026 yang memaparkan elemen pesta dan perayaan untuk dikongsi bersama rakan serta ahli keluarga.
Selain itu, WhatsApp turut memperkenalkan kesan animasi khas semasa panggilan video termasuk paparan bunga api, bintang dan konfeti yang muncul sebagai lapisan visual ketika panggilan berlangsung. Pengguna juga akan melihat reaksi khas apabila menggunakan emoji konfeti untuk membalas mesej dengan animasi perayaan dipaparkan secara automatik dalam perbualan.
Bagi ciri Status, WhatsApp kini menyokong penggunaan stiker animasi selain menyediakan susun atur khas 2026 yang boleh digunakan untuk ucapan dan perkongsian Tahun Baru. Kesemua ciri ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha WhatsApp untuk meningkatkan pengalaman sambutan perayaan di platformnya menjelang ketibaan Tahun Baru 2026.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: WhatsApp

