Site icon TechNave BM

WhatsApp mungkin akan benarkan anda untuk keluar “group” secara senyap-senyap

WhatsApp mungkin membenarkan anda keluar dari sembang kumpulan secara senyap atau tidak diketahui oleh ahli dalam kumpulan tidak lama lagi. Buat sementara ini, ahli dalam sembang kumpulan akan dimaklumkan apabila terdapat pengguna lain meninggalkan kumpulan mereka.

Dengan fungsi baharu ini, ia akan membenarkan pentadbir untuk melihat makluman bahawa pengguna meninggalkan sembang kumpulan. Menurut wabetainfo, tangkapan skrin di bawah diambil daripada WhatsApp beta untuk iOS dan bukannya Android. Sumber turut mengatakan ciri ini sedang dalam pembangunan bagi kedua-dua platform, iOS dan Android.

Ciri ini dikatakan bakal dilancar dalam masa terdekat. Seperti ciri baharu yang telah dilancarkan baru-baru ini, WhatsApp membenarkan pengguna memberi reaksi pada teks yang di hantar dalam sembang kumpulan.

Selain itu, satu lagi ciri yang sedang diusahakan oleh syarikat berkenaan ialah reaksi terhadap kemas kini status. Mod pendamping untuk memautkan WhatsApp kepada telefon kedua dan pilihan penapisan carian juga sedang dalam pembangunan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: wabetainfo

Exit mobile version