Site icon TechNave BM

WhatsApp mungkin akan benarkan anda untuk pin mesej-mesej penting

Aplikasi pemesejan WhatsApp dilihat sedang membangunkan fungsi mesej dipinkan (pinned messages), di mana pengguna boleh memilih mesej yang penting dah menetapkan pin supaya mesej tersebut akan sentiasa terpapar.

Dalam kemas kini versi 2.23.3.17, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi tersebut kepada beberapa pengguna yang mendapat akses kepada ujian beta awal untuk fungsi-fungsi WhatsApp.

Dengan fungsi pin, ia membenarkan pengguna untuk menetapkan mesej yang penting supaya ia boleh dilihat pada setiap masa. Fungsi pin seperti ini sudah pun diperkenalkan dalam ruangan komen untuk beberapa aplikasi lain seperti YouTube dan Instagram.

Buat masa ini, anda sudah boleh menyimpan mesej penting dengan fungsi mesej dibintangkan (starred messages), namun ini hanyalah tetapan yang boleh dibuat secara individu dan tidak boleh dilihat oleh orang-orang lain dalam kumpulan sembang (group chat).

Setakat ini masih tidak diketahui bilakah fungsi ini bakal diperkenalkan kepada pengguna awam. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version