Site icon TechNave BM

WhatsApp mungkin akan perkenalkan ciri gambar terpadam secara automatik tidak lama lagi

Buat masa ini, pengguna WhatsApp mungkin sedang menunggu penyemakan terma privasi baru yang akan diumumkan tidak lama lagi. Sementara itu, WhatsApp dikhabarkan sedang berusaha untuk menambah ciri privasi baru pada aplikasi mereka. Terbaru, mereka dikatakan akan perkenalkan ciri gambar terpadam secara automatik pada aplikasi Android dan iOS mereka.

Ciri ini bukanlah ciri yang baru kerana ia sudah pun digunakan oleh beberapa aplikasi media sosial yang lain. Ciri gambar hilang ini berfungsi seperti Instagram Direct, di mana pengguna boleh menghantar gambar yang akan hilang selepas penerima keluar dari perbualan mereka.

Gambar yang diberikan juga tidak boleh dikeluarkan atau disimpan di dalam peranti penerima. Tambahan lagi, WhatsApp juga sedang berusaha untuk menghasilkan ciri yang menghalang penerima dari menangkap skrin (screen shot) gambar yang dihantar.

Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai tarikh pelancaran ciri baru ini. Menurut sumber, WhatsApp kini dalam proses percubaan dan mereka mungkin akan mula melancarkan ciri baru ini untuk sesetengah negara yang terpilih dahulu.

Adakah anda meminati ciri baru ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Android Authority

Exit mobile version