Site icon TechNave BM

WhatsApp mungkin sedang bina ciri imbas cap jari untuk guna WhatsApp Web

Anda pasti sudah sinonim dengan penggunaan WhatsApp Web yang dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda. WhatsApp kini dilaporkan sedang membina ciri keselamatan cap jari untuk anda menggunakan WhatsApp Web di komputer anda.

Kelihatannya, jika anda ingin menggunakan WhatsApp Web di komputer anda, anda perlu imbas cap jari di telefon anda terlebih dahulu untuk mengesahkan ianya adalah anda. Ciri ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia meningkatkan tahap keselamatan sekiranya ada individu yang ingin membuka WhatsApp Web di komputer anda tanpa kebenaran.

Apa pun, kami tidak pasti sama ada ciri imbas cap jari ini akan diaplikasi untuk log masuk ke WhatsApp Web sahaja (sehingga sekarang masih menggunakan kod QR), atau setiap kali kita ingin menggunakan WhatsApp Web.

Sebagai peringatan, maklumat ini tidak hadir secara rasmi dari WhatsApp. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version