Site icon TechNave BM

WhatsApp pada desktop dioptimum, kadar proses lebih laju dan panggilan yang jelas

Dengan ratusan juta orang menggunakan WhatsApp pada komputer dan tablet, aplikasi itu kini menumpukan usaha untuk menjadikan pengalaman pemesejan dan panggilan merentas peranti yang lebih baik. Aplikasi ini dapat digunakan dengan lebih pantas dan dibina dengan antara muka yang biasa digunakan oleh pengguna WhatsApp dan Windows.

Pengguna boleh mengehoskan panggilan video kumpulan hingga 8 orang dan panggilan audio hingga 32 orang. WhatsApp akan terus menaikkan had ini dari semasa ke semasa supaya pengguna boleh sentiasa kekal berhubung dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.

WhatsApp ialah platform terbesar yang menyediakan pengalaman disulitkan hujung ke hujung sepenuhnya yang membolehkan komunikasi rentas platform antara telefon mudah alih, komputer, tablet dan banyak lagi. Ini bermakna mesej peribadi, media dan panggilan pengguna sentiasa disulitkan hujung ke hujung merentas semua peranti.

Sejak memperkenalkan keupayaan berbilang peranti yang baharu, WhatsApp telah mendapat maklum balas dan membuat penambahbaikan termasuk pemautan peranti yang lebih pantas dan penyegerakan yang lebih baik merentas peranti serta ciri baharu seperti pratonton pautan dan pelekat.

Selain itu, WhatsApp juga memperkenalkan beta WhatsApp baharu untuk tablet Android dan turut melancarkan aplikasi baharu yang lebih pantas untuk desktop Mac yang kini berada pada peringkat awal beta. Anda boleh memuat turun aplikasi WhatsApp untuk Windows di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version