Site icon TechNave BM

WhatsApp sedang bangunkan ciri “Community” untuk versi iOS

WhatsApp sedang membuat kemas kini baharu melalui Program beta TestFlight versi 2.22.1.1. Syarikat itu telah mengemas kini ciri ‘Komuniti’ (Community) di WhatsApp di mana pentadbir kumpulan mempunyai lebih kawalan ke atas beberapa kumpulan di WhatsApp dan memautkan kumpulan lain dalam Komuniti.

Beberapa minggu yang lalu ada menunjukkan ciri komuniti dalam beta WhatsApp untuk kemas kini Android 2.21.25.17. Anda akan dapati ciri tersebut tersedia bagi kemas kini WhatsApp Messenger beta baharu untuk iOS 2.22.1.1 menjelang tahun baru.

Seperti dalam tangkapan skrin di atas, Komuniti mempunyai nama dan penerangan sama seperti sembang kumpulan biasa (group chat). Selepas menaip nama dan perihalan komuniti, pentadbir akan dapat memilih untuk memautkan sehingga 10 kumpulan dalam komuniti.

Anda akan melihat kumpulan “Pengumuman” (Announcement) baharu di mana WhatsApp secara automatik menghantar mesej kepada kumpulan yang dipautkan. Pengguna dalam komuniti tidak akan dapat melihat kumpulan lain yang dinyahpautkan oleh pentadbir manakala pengguna yang meninggalkan komuniti pula tidak akan dapat melihat kumpulan yang dipautkan dalam komuniti.

Ciri ini masih sedang dibangunkan dan kehadirannya masih belum diketahui. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wabetainfo

Exit mobile version