Selepas WhatsApp membangunkan fungsi emoji reaksi yang membenarkan anda untuk membalas setiap mesej dengan emoji, kini aplikasi permesejan itu ingin memperkenalkan fungsi emoji baharu iaitu emoji beranimasi (animated emojis).
Menurut sumber, WhatsApp telah dikesan membangunkan fungsi ini dalam WhatsApp Desktop versi beta dan ia mungkin akan dilancar untuk para pengguna umum pada masa hadapan. Dengan emoji beranimasi, pengguna boleh menghantar emoji yang bergerak supaya mesej nampak lebih hidup dan ceria.
Emoji beranimasi ini dilaporkan akan menggantikan emoji asal sewaktu bermesej, selagi versi animasi untuk sesebuah emoji itu telah disediakan. Animasi emoji ini direka oleh Lottie, sebuah perkhidmatan internet yang memudahkan para pengguna mencipta animasi ringkas tanpa menghasilkan fail yang besar.
Setakat ini masih tidak diketahui bilakah emoji beranimasi ini akan ditawarkan secara umum kepada para pengguna WhatsApp.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: WABetaInfo

