Menurut Wabetainfo, WhatsApp nampaknya sedang menguji ciri baharu di mana ia akan mengehadkan pemajuan mesej kepada lebih daripada satu kumpulan. Setelah ia mendapat kemas kini sepenuhnya, pengguna akan dapati aplikasi pemesejan itu sukar untuk memajukan mesej lebih daripada satu kumpulan. Langkah ini juga boleh membendung penyebaran berita palsu atau maklumat yang salah.
Sebelum ini, WhatsApp telah melancarkan kemas kini yang membolehkan pengguna memajukan mesej ke satu sembang pada satu masa. Namun, WhatsApp telah menetapkan had pada mesej yang dimajukan untuk mengekang viraliti. Setelah kemas kini baharu berlaku, anda perlu memilih mesej yang sama untuk dimajukan semula.
Pada tahun lalu, syarikat tersebut memperkenalkan konsep mesej yang boleh dimajukan berkali-kali. Mesej ini dilabelkan dengan anak panah berganda untuk menunjukkan ia tidak berasal daripada kontak yang anda kenal. Ciri ini sedang diuji dan ia sedang dilancarkan kepada penguji beta tertentu dan ia akan didayakan untuk semua pengguna dalam beberapa hari akan datang.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: India Today

