Site icon TechNave BM

WhatsApp sedang bangunkan ciri pengesahan dua langkah versi “desktop” dan web

Menurut laporan di WABetaInfo, WhatsApp sedang penambahbaikan untuk pengesahan dua langkah pada versi desktop dan web. Ini mungkin kerana terdapat banyak kes jenayah penipuan dan ramai orang kehilangan akaun mereka. 

WhatsApp dikatakan akan menambah pengesahan dua langkah dan malah membenarkan pengguna membuka kunci aplikasi dengan Touch ID atau Face ID. Ia masih menyediakan fungsi sokongan berbilang peranti untuk pengguna mengakses aplikasi dari desktop atau web tanpa memerlukan telefon berdekatan. 

WABetaInfo mengatakan setelah anda melakukan pendaftaran akaun WhatsApp, anda perlu masukkan kod 6 digit dan PIN peribadi untuk log masuk. Anda juga boleh menghidupkan atau melumpuhkan pengesahan dua langkah pada web atau desktop. Ini memudahkan kerja anda di mana-mana sahaja.

Namun, ciri ini masih tidak jelas akan ketersediaanya untuk penguji beta awam. Terdapat juga ciri lain yang masih dalam pembangunan seperti keupayaan untuk melihat kertas dinding (wallpaper) sembang apabila membuat panggilan suara pada versi iOS. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version