WhatsApp sentiasa berusaha di belakang tabir untuk menambah ciri baharu dalam perkhidmatannya. Baru-baru ini, versi beta WhatsApp untuk Android mempunyai pilihan untuk menyembunyikan status “terakhir dilihat” anda daripada orang tertentu.
Selama beberapa bulan kebelakangan, ciri ini secara aktif sedang dalam pembangunan dan kini ia akhirnya disiarkan untuk subset bahagian program beta tersebut. Ini bermakna ia tidak lama lagi diharapkan dapat dinikmati kepada semua orang yang menggunakan beta dan kemudian akhirnya ke versi WhatsApp yang digunakan oleh semua.
Ia akan muncul dalam beberapa bulan lagi. Jika dilihat berdasarkan prestasi WhatsApp dalam pelancaran kemas kininya, ia antara syarikat yang paling berhati-hati dalam menambah bahan pada aplikasinya dan mengekalkan kestabilannya.
Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja yang menggunakan WhatsApp akan dapat menetapkan status “terakhir dilihat” mereka untuk dilihat oleh semua orang, kenalan mereka, kenalan mereka kecuali senarai hitam orang tertentu dan tiada siapa.
Apabila anda memilih ‘My contacts except…’, anda boleh memilih siapa untuk melumpuhkan akses “terakhir dilihat”. Seperti biasa di WhatsApp, jika anda melumpuhkan “terakhir dilihat” untuk seseorang, anda juga tidak akan dapat melihat “terakhir dilihat” mereka.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

