Site icon TechNave BM

WhatsApp sedang uji ciri privasi nombor telefon untuk Komuniti

Sejak tahun lepas, WhatsApp terus menambahkan ciri untuk sembang Komuniti (Community) seperti ahli sehingga 1,024 dan panggilan video sehingga 32 orang. Kini, ia telah menambah privasi tambahan pada akaun anda apabila menyertai komuniti iaitu “privasi nombor telefon” (phone number privacy).

‘Komuniti’ memberikan pentadbir kumpulan mempunyai lebih kawalan ke atas beberapa kumpulan di WhatsApp dan memautkan kumpulan lain dalam Komuniti. Apabila anda menyertai komuniti, senarai peserta komuniti sudah disembunyikan dalam kumpulan pengumuman namun pengguna tidak boleh berinteraksi melalui reaksi mesej kerana tindakan ini akan mendedahkan nombor telefon mereka.

Dengan tambahan ciri baharu ini, ia memastikan nombor telefon anda sentiasa disembunyikan daripada ahli komuniti yang lain. ia akan memaklumkan kepada pengguna bahawa nombor telefon mereka hanya kelihatan kepada pentadbir komuniti dan orang lain yang telah menyimpan mereka sebagai kenalan.

Sekiranya anda menghubungi ahli komuniti bukan kenalan secara peribadi, anda boleh menghantar permintaan untuk berkongsi nombor telefon mereka. Dalam pada itu, ciri privasi nombor telefon juga akan diperluaskan kepada kumpulan lain pada masa hadapan.

Buat sementara ini, ciri privasi nombor telefon baharu untuk komuniti disediakan kepada beberapa penguji beta yang memasang kemas kini WhatsApp untuk Android terbaharu daripada Google Play store serta WhatsApp untuk iOS daripada App Store dan apl TestFlight.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version