Site icon TechNave BM

WhatsApp sedang uji fungsi mesej hilang selepas 24 jam

Selepas mengumumkan pengenalan panggilan video dan audio melalui komputer, kini WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan fungsi mesej yang boleh terpadam secara automatik (disappearing messages) selepas tempoh 24 jam. Ciri ini bakal berfungsi seperti kandungan WhatsApp Stories yang hilang selepas ia dimuat naik selama 24 jam.

Buat masa ini, WhatsApp sudah pun menawarkan fungsi mesej yang terpada secara automatik selepas tempoh tujuh hari. Fungsi tersebut telah diperkenalkan sejak November 2020.

Jika fungsi ini diperkenalkan, ia akan memudahkan pengguna untuk berkongsi maklumat sensitif yang tidak ingin disimpan dalam telefon dengan tempoh yang lama. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version