Mereka yang kerap menggunakan fungsi permesejan dalam Instagram Direct atau Facebook Messenger pasti sudah biasa dengan balasan reaksi (reaction replies) untuk menzahirkan emosi terhadap mesej tertentu. Tidak lama lagi, fungsi tersebut mungkin akan diperkenalkan untuk WhatsApp pula.
Fungsi butang reaksi itu telah dikesan dalam versi beta WhatsApp For Android 2.21.22.7, di mana penguji beta mendapati terdapat pilihan untuk Reaction Notifications dalam tetapan Notifications.
Selain itu, sebuah mesej pula dilihat mempunyai beberapa emoji di bawahnya, menandakan bahawa tujuh orang telah memberi reaksi terhadap mesej tersebut.
Sebelum ini, fungsi balasan reaksi telah diusahakan untuk WhatsApp For iOS namun ia masih belum dilancarkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: WABetaInfo

