Site icon TechNave BM

WhatsApp sedang usahakan fungsi pelbagai-peranti 2.0, benarkan anda guna WhatsApp tanpa hidupkan telefon

WhatsApp sedang mengusahakan ciri terbaru pelbagai-peranti untuk kemudahan pengguna di mana anda boleh menggunakan WhatsApp tanpa perlu menghidupkan telefon dan boleh diakses terus melalui WhatsApp Web, WhatsApp Desktop dan Portal. Penggunaan satu akaun WhatsApp di 4 peranti atau telefon dalam waktu yang sama mungkin juga boleh didapati dalam ciri terbaru ini.

Anda akan melihat seperti gambar tersebut sekiranya anda menggunakan WhatsApp Web atau Desktop. WhatsApp akan memuat turun semua mesej dari pelayan tanpa penyambungan internet di telefon anda.

Namun, masih tiada maklumat yang menyatakan ciri ini boleh digunakan untuk tablet dan juga telefon pintar. Ciri ini masih dalam pembangunan untuk pengguna iOS WhatsApp beta dan sedang berusaha menampilkan ciri ini untuk pengguna Android.

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan informasi pelbagai-peranti 2.0 ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wabetainfo

Exit mobile version