Site icon TechNave BM

WhatsApp tambah fungsi carian untuk mudahkan pengguna kenal pasti berita palsu

Pelbagai bentuk berita palsu tersebar dengan sangat mudah di WhatsApp, jadi demi membendung masalah ini WhatsApp akan memperkenalkan fungsi carian dan pengesahan berita dalam aplikasi pemesejan itu.

Dalam kemas kini terbaru, sebuah ikon kanta pembesar akan muncul di sebelah mesej yang telah dimajukan (forwarded) beberapa kali. Jika pengguna menyentuh pada ikon tersebut, peranti akan mencari kandungan mesej tersebut di internet di mana ia boleh dilihat sama ada mesej tersebut sahih atau pun tidak.

Menurut contoh yang diberikan oleh WhatsApp, sebuah mesej mengatakan bahawa air rebusan bawang putih boleh dijadikan penawar COVID-19. Jika pengguna klik pada ikon kanta pembesar di sebelah mesej tersebut, pengguna akan dibawa ke pelayar web di mana kandungan yang berkaitan dengan mesej tersebut dipaparkan dan mesej tersebut boleh dikenal pasti sebagai palsu.

Setakat ini, fungsi ini hanya diperkenalkan di Brazil, Itali, Ireland, Mexico, Sepanyol, UK dan Amerika Syarikat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WhatsApp Blog

Exit mobile version