Site icon TechNave BM

WhatsApp tampil dengan tema ‘Dark Mode’

Salah satu platform pemesejan yang paling popular WhatsApp kini akhirnya melancarkan ciri yang sangat diminta untuk aplikasi Android mod gelap (dark mode). Ini adalah aplikasi yang ketiga daripada Facebook untuk mendapatkan mod gelap selepas syarikat itu melancarkan ciri yang sama untuk Messenger dan juga Instagram.

Siri mod gelap pada WhatsApp ini baru tersedia bagi pengguna WhatsApp Android versi Beta 2.20.13 melalui Program Beta Google Play. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan pelancaran mod gelap untuk semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang terutama sekali untuk pengguna Android.

Jika peranti anda sebahagian daripada program ini, anda boleh mendapatkan tema gelap ini dengan pergi ke tetapan WhatsApp> Sembang > Tema dan kemudian tekan pada pilihan “Gelap”.

Sebaik sahaja anda mengubah ke tema gelap, paparan di WhatsApp anda akan berubah menjadi gelap tetapi ianya tidak bertukar ke warna hitam secara keseluruhannya. Warna hijau masih kekal seperti biasa manakala tulisan bewarna hitam akan bertukar ke warna putih.

Jika anda bukan penguji beta WhatsApp, anda boleh menyertai program dari Play Store tetapi malangnya untuk aplikasi ini tidak lagi menerima untuk pendaftaran yang baru. Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba mengemas kini pada APK Beta WhatsApp di telefon anda.

Sudahkah anda menukar aplikasi WhatsApp anda ke mod gelap? Beritahu kami di laman Facebook dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dalam dunia teknologi.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version