Site icon TechNave BM

WhatsApp tidak hadkan fungsi jika pengguna enggan bersetuju dengan polisi privasi baru

Sebelum ini, WhatsApp dilaporkan bakal mengurangkan fungsi permesejan jika pengguna tidak bersetuju dengan polisi privasi baru yang telah diperkenalkan pada 15 Mei. Kini, WhatsApp menjelaskan bahawa pengguna yang tidak bersetuju dengan polisi tersebut tidak perlu lagi bimbang jika fungsi mereka akan dihadkan.

Menurut sumber, WhatsApp telah berbincang dengan pelbagai pihak berkuasa dan pakar privasi serta memutuskan untuk meneruskan perkhidmatan permesejan seperti biasa kepada para pengguna, tidak kisah sama ada mereka bersetuju dengan polisi privasi yang baru. Walau bagaimanapun, WhatsApp akan terus memaklumkan perubahan dalam polisi privasi kepada pengguna yang belum bersetuju dengannya.

WhatsApp sudah memaklumkan bahawa kebanyakan pengguna telah pun bersetuju dengan polisi privasi baru ini. Sebelum ini, WhatsApp menyatakan bahawa pengguna yang tidak bersetuju dengan polisi privasi baru ini tidak boleh mengakses senarai mesej, namun masih boleh membuat panggilan telefon dan video.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version