Site icon TechNave BM

WhatsApp uji ciri penghantaran imej dalam resolusi HD

Kini, WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu berkenaan perkongsian media untuk pilihan kualiti foto yang lebih baik dengan mengekalkan dimensinya.

Setelah penguj ibeta memasang kemas kini WhatsApp beta terbaharu untuk iOS 23.11.0.76 daripada aplikasi TestFlight dan kemas kini WhatsApp beta untuk Android 2.23.12.13 daripada Google Play Store, mereka mungkin dapat melihat pilihan baharu yang membolehkan mereka mengurus kualiti foto.

Anda boleh memilih kualiti yang lebih baik semasa menghantar foto, dan pilihan hanya muncul apabila anda memilih foto bersaiz besar. Namun, ini tidak bermakna anda boleh menghantar foto dalam kualiti asal kerana ia mengekalkan dimensi imej, tetapi pemampatan cahaya masih digunakan pada imej tersebut.

Pilihan HD ini perlu ditukar secara manual di bahagian atas skrin kerana ia adalah secara lalai dalam “Kualiti standard”. Apabila anda menghantar foto dengan resolusi HD, ia meninggalkan tanda “HD” secara automatik pada mesej bagi membantu penerima memahami foto yang dihantar menggunakan ciri ini.

Untuk video, anda masih perlu menghantarnya dalam bentuk fail untuk mengelakkan kualiti video daripada menurun. Selain itu, fungsi HD ini masih tidak boleh digunakan jika anda ingin berkongsi gambar dalam WhatsApp Status.

Ciri ini akan dilancarkan kepada lebih ramai orang pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version