Site icon TechNave BM

WhatsApp untuk Android kini boleh log masuk akaun menggunakan pengimbas muka, cap jari atau PIN

WhatsApp ialah aplikasi terbaharu untuk menyokong kunci laluan (pengimbas muka, cap jari atau PIN) iaitu cara yang mudah tetapi lebih selamat untuk log masuk tanpa memerlukan kata laluan. Ciri ini kini tersedia untuk pengguna Android tetapi tidak jelas bila ia akan tiba untuk iOS.

Dengan sokongan kunci laluan, pengguna WhatsApp boleh log masuk semula menggunakan muka, cap jari atau PIN mereka. Untuk menambah kaedah log masuk baharu ini, WhatsApp menjelaskan bahawa ia perlu mengesahkan nombor telefon pemilik akaun.

Menariknya, berita ini datang seminggu selepas Google mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan kunci laluan dalam semua perkhidmatannya. Banyak aplikasi dan perkhidmatan lain turut menambah sokongan kunci laluan seperti 1Password, Nintendo, Amazon dan banyak lagi.

Dengan iOS 17, Apple memperkenalkan ciri ini untuk memudahkan anda log masuk ke akaun menggunakan pengesahan terbina dalam peranti seperti cap jari, Face ID atau kod PIN. Ciri ini kini tersedia untuk pengguna WhatsApp pada platform Android dan jika anda tidak menjumpainya, sila semak kemas kini aplikasi dalam Google Play Store.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version